Varsity Boat Race (14 hingga 19-Oct-2008)
Hanya tinggal kira2 5 minggu sebelum pertandingan. Perkembangan mengenai persiapan atlit pula, UTM & UM gigih menjalani latihan di Empangan Batu, Ulu Yam, Gombak sambil tidak melupakan kewajipan menjalani ibadah puasa. Khabarnya, latihan hujung minggu berlansung dengan rancak. UM kini dibantu oleh Nordiana (bekas atlit kebangsaan) dalam memantapkan kemahiran. Manakala, Madjai & Wan berganding bahu memperbaiki kelemahan pasukan UTM. Sungguh menarik! Bagaimana agaknya mereka menangani dugaan di bulan puasa. Saya berharap mereka terus tabah dan berusaha bersungguh-sungguh.
USIM pula menjalani latihan di Putrajaya setiap hujung minggu. Pusat Sukan USIM menyediakan pengangkutan bg kemudahan mereka berulang alik dari Nilai ke Putrajaya. Buat masa ini, tanpa elaun latihan dan tiada jurulatih yang memimpin mereka. Namun semangat mereka harus dipuji kerana tidak berputus asa menggandakan usaha. Ciri-ciri yang jarang dapat dilihat masa kini.
Manakala UTHM, dengan pimpinan Coach Halim akan memulakan kem latihan ramadhan mereka pada hari Jumaat ini, 12-Sep hingga 14-Sep-2008. Diikuti pula kem latihan selepas hari raya ke-3. Kemenangan mereka dalam acara Men Eight nampaknya menyuntik semangat waja bagi mencipta lebih banyak kejayaan.
Persiapan atlit nampaknya memberangsangkan. Apa yang membanggakan, kebanyakan daripada mereka tidak diberi peruntukan elaun latihan. Namun, mereka tidak menjadikan ianya sbg alasan bagi menempa kejayaan. Mereka membuktikan bukan wang jadi ukuran. Saya berharap sifat ini kekal kerana kejayaan tidak datang bergolek. Ianya memerlukan usaha dan semangat yang kuat. Jika mereka berlatih semata-mata kerana elaun latihan, pasti kurang bermakna. Ini dibuktikan dengan trend yang melanda atlit-atlit kebangsaan kita. Hanya segelintir sahaja yang benar2 berjaya dan mengekalkan prestasi.
Saya berharap pihak pentadbiran universiti menghargai usaha & keringat mereka ini. Sokongan moral ditambah dengan bantuan peralatan seperti rowing machine di kampus pasti menggembirakan mereka. Semangat waja mereka ini tidak seharusnya dilupakan dan dipandang enteng.
Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rowers. Saya berharap dapat menyaksikan kehebatan para atlit kita beraksi di Varsiti Boat Race kali ini.
Maju ROWING, maju sukan negara!!
Leave a Comment