Skip to content

Month: June 2009

UTHM di Singapura

Khoo Kah Beng atau identiti facebooknya Kah Motor menjadi satu-satunya wakil UTHM ke pertandingan ini. Gembira dengan semangat juangnya, kami sepasukan mengalu-alukan kehadirannya dan bertanya khabar. Ah Beng (nama manja) mendaftarkan diri untuk acara Men Single Scull 2000m di Pandan Reservoir. Perlawanan ke-19 pada hari Ahad, 28 Jun 2009 mempamerkan 6 penyertaan sahaja. Oleh itu perlawanan ini adalah perlawanan akhir.

Berikut adalah keputusan perlawanan:
1) SIN [8:09.93]
2) THA [8:17.79]
3) JPN [8:27.20]
4) HKG [8:37.56]
5) UTHM [9:20.10]
6) SRA [9:23.09]

Saingan beliau bukan calang-calang. Antaranya adalah Yeong Wai Mun, atlit Singapura yang dalam usaha melayakkan diri ke Olimpik London 2012 Selain itu, atlit kebangsaan Thailand, Panupan Paisanwan bersaing rapat untuk merebut tempat pertama.

Ah Beng memaklumkan kepada kami, masa yang suntuk menjadi penghalang bagi UTHM menyiapkan kertas cadangan bagi menyertai acara ini. Beliau bertanding atas tiket & perbelanjaan sendiri. Usaha dan komitmen beliau mendapat tabik hormat dari kami. Inilah sumbangan bermakna dalam menambah warna-warni cabaran sukan mendayung tanah air.

Semoga terus maju jaya!

Nota: gambar akan dilampirkan sedikit masa lagi. Ada sedikit masalah teknikal dihadapi dengan internet setting. Harap maaf.

2 Comments

Kuarantin – Influenza H1N1

Bagi mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan peningkatan wabak influenza H1N1 di Singapura, kami kembali ke Malaysia dengan topeng penafasan. Guru-guru pengiring (Cikgu Roslia & Cikgu Anuar) telah menerima arahan (Self-Quarantine) supaya pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah yang terlibat dikuarantin di bilik berasingan. Guru-guru pengiring diberi cuti seminggu dan dikehendaki duduk di rumah tanpa melibatkan diri dengan aktiviti luar.

Saya sendiri mengalami selsema dan batuk sejak dua hari lepas namun semakin pulih. Ketika suami menjemput di KL Sentral bersama Adam dan nendanya, saya tidak berani bersalam, memeluk dan mencium mereka sungguhpun kerinduan begitu menebal di hati. Adam pun seperti mengerti dan tidak menangis. Hanya tersenyum simpul memandang ibunya yang memakai topeng penafasan. Suami menyarankan saya pergi ke klinik panel sebelum pulang ke rumah bagi mendapatkan pemeriksaan. Namun begitu, klinik panel meminta kami terus merujuk kepada Klinik Kesihatan Kapar. Ketika sampai di klinik, saya lihat begitu ramai yang datang mendapatkan rawatan. Hanya saya seorang yang menggunakan topeng penafasan. Di kaunter pendaftaran dengan nada perlahan, saya memberitahu pembantu perubatan bahawa saya baru pulang dari Singapura dan mendapat selsema. Mata mereka membulat dan begitu juga pesakit-pesakit lain yang berada berhampiran dengan saya. Pada mulanya, pembantu perubatan tidak pasti apa yang patut dilakukan namun seseorang mengarahkan saya masuk ke bilik pengasingan.

Dalam 10 minit menunggu, pembantu perubatan yang bertugas masuk dengan kelengkapan PE kelihatan seperti angkasawan kecuali tanpa helmet. Dengan termometer berbalut plastik, pembantu perubatan mengarahkan saya memasukkan termometer tersebut ke bawah lidah untuk dikemam. Selang 3 minit, saya diminta memulangkan termometer tersebut dengan memegang hujung plastik dan membuang plastik tersebut ke dalam tong sampah kuning. Setelah dikenal pasti saya tidak demam, barulah mereka kelihatan lega dan suasana kelihatan tenang semula. Doktor masuk dengan kelengkapan yang sama dengan tambahan penapis plastik melindungi mata & muka.

Dengan borang checklist di tangan, saya ditanya ke mana saya pergi, apa aktiviti yang dilakukan, dengan siapa saya bersentuhan. Ada 5 simptom yang ditanyakan iaitu batuk, selsema, demam, sakit tekak & pening kepala. Simptom yang saya alami hanyalah batuk dan selsema.

Berdasarkan hanya kepada info tersebut, doktor membuat kesimpulan bahawa saya hanyalah menghadapi selsema biasa dan memberikan ubat. Tiada nasihat atau surat untuk tindakan kuarantin di rumah. Oleh kerana itu, saya kembali ke pejabat selepas makan tengah hari.

Setidak-tidaknya, hati lega setelah mendapat penjelasan dan diperiksa oleh doktor. Walaupun ada kes yang terjadi selepas 3 hari hingga seminggu. Lantas saya menelefon yang lain-lain memaklumkan perkembangan ini sambil memberi ingatan supaya segera ke hospital jika demam dalam masa seminggu ini. Jika ingin ke hospital, elakkan dari menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan jangkitan menular.

Semoga semua orang mendapat perlindungan dari Allah. Amin…

1 Comment

Final Day Spore Rowing 2009


Race#18: Lightweight Women Double Scull (LW2X)
1) HKG [8:31.20]
2) SIN [10:19.90]
3) UTM [10:44.38]

Komen: UTM diwakili oleh scullers kecil molek berhati besar, Halijah & Nabilah. Penampilan sulung mereka menguji keyakinan diri di mana mereka berasa rendah diri melihatkan fizikal atlit dari negara lain. Namun begitu, kecekalan hati mereka meneruskan perlawanan dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan catatan masa terbaik mencuri perhatian coach & umpire dari negara lain. Jurulatih merasa berbangga sekali dengan ketabahan yang mereka tunjukkan. Teruskan berjuang!!!

Race#20: Women Single Scull (W1X)
1) HKG B [9:07.63]
2) HKG A [9:15.55]
3) CUHK [9:33.98]
4) THA [9:49.77]
5) SIN [10:01.99]
6) UTM [11:02.23]

Komen: UTM diwakili oleh Norhaslinda. Punya fizikal yang sesuai dan berpotensi namun perlu menguatkan ketahanan mental.

Cabaran UTM & Alam Shah di Singapura berakhir hari ini. Jumlah keseluruhan pingat yang dikumpul ialah 1 perak & 3 gangsa di 2000m, Pandan Rowing Centre & Marina Barrage 1000m, Alam Shah berjaya mendapatkan 1 perak & 1 gangsa manakala UTM berjaya mendapatkan 2 gangsa.

Cabaran kami tidak berakhir di sini. SEARF Championship di Pattaya & Varsity Boat Race di Putrajaya menanti.

Cabaran UTM & Alam Shah di Singapura berakhir hari ini. Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur jam 9pm menaiki keretapi KTM Senandung Malam. Dijangka tiba jam 6:35am pagi. Isu wabak influenza H1N1 sedikit sebanyak merunsingkan hati kami namun kerinduan terhadap keluarga terutamanya si kecil Adam begitu menebal.

Selamat Hari Jadi Adam!!

1 Comment

Lagi Keputusan Spore Rowing 2009


Pasukan rowing junior dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Meor, Azim, Syamil & Azhan. Pelajar tingkatan 4.

Pasukan UTM dan SSAS bersama presiden SARA, Pak Omar di Pandan Rowing Centre, Singapura.

Jurulatih tidak meletakkan sebarang harapan pingat kerana ini merupakan pertandingan antarabangsa pertama bagi kebanyakan atlit UTM. Namun setakat ini, mereka berjaya mendapatkan satu perak dan dua gangsa. Kejayaan ini berjaya meningkatkan keyakinan diri dan kesan positif. Sungguhpun atlit dari Iran dan Asia Tengah menarik diri di saat-saat akhir disebabkan wabak influenza H1N1 namun saingan dari Hong Kong, China & Singapura tidak kurang sengitnya.

Race#5: Lightweight Men Double Scull (LM2X) – Final
1) HKG A [7:52.25]
2) HKG B [8:02.76]
3) UTM A [9:19.03]
4) SIN [9:47.14]
5) UTM B [10:01.17]

Komen: Pilihan UTM A berjaya menggondol tempat ketiga sekaligus merangkul pingat gangsa. Cabaran pada pasangan ini kerana jarak masa agak jauh dari tempat ke-dua. Pendayung2 perlu menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi dari segi kekuatan (strength) & ketahanan (endurance) selain kemahiran. Imran perlu fokus kepada kemahiran asas manakala Azhar dikehendaki fokus pada kepada endurance, Kolibrasi yang serasi dan menjadi perhatian jurulatih kerana potensi di sebalik saiz badan yang kecil. Kehadiran UTM B (Harith & Shahril) menyumbang kepada saingan kepada UTM A dan keseluruhan perlawanan.



Race#11: Woman Double Scull (W2X) Final
1) Hong Kong A [8:35.50]
2) Hong Kong B [8:56.56]
3) CUHK [9:33.34]
4) UTM B [10:30.45]
5) UTM A [10:41.87]

Komen: Pilihan UTM A(Adila & Iram) tewas kepada UTM B (Lily & Linda) yang baru dibentuk selama 1 hari hasil gabungan atlit single scull dari 2 kategori Open & Lightweight (Junior). Jurulatih meletakkan harapan agar UTM A dapat membaiki prestasi dan mengikuti program latihan tanpa gagal dan yakin pada potensi diri dan pasangan. Tanpa kepercayaan, kolibrasi pasangan tidak akan berjaya. Teruskan berusaha!!!


Race#13: Lightweight Men Single Scull (LM1X)Repecharge
1) THA [8:49.33]
2) JPN [8:49.82]
3) CUHK [8:56.76]
4) HKG A [9:09.41]
5) HKG C [9:11.27]
6) UTM [11:53.75]

Komen: Catatan masa semasa saringan pertama (Heat B) oleh Harith lebih baik. Jurulatih berharap catatan masa dapat diperbaiki di masa-masa akan datang.

Leave a Comment

Singapore Rowing International 2009


Men Pair (M2-) dari Universiti Teknologi Malaysia di posisi no. 1 (Bow Man) Mazlie Daham dan nombor 2 (Facer-Stern Man) Mohd Ridzuan b. Abd Halim. Catatan masa Indoor Rowing terkini mereka untuk 2000m adalah 7:08 dan 7:02. Baru berpasangan dalam acara ini kurang dari sebulan setelah melihat potensi mereka ketika bertanding dalam acara coxless four (M4-) di Kejohanan MASUM di Putrajaya, Mei 2009.

Gandingan atlit unversiti baru dan lama di mana Wan (Mohd Ridzuan) sudah beberapa kali mewakili negara di dalam arena sukan antarabangsa memberi cabaran kepada bakat baru sukan mendayung iaitu Mazlie. Dengan disiplin dan dorongan yang kuat daripada senior, Mazlie menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Begitu juga sebaliknya di mana Wan terpaksa mempamerkan saingan yang tidak kurang sengit. Kesungguhan mereka mengikuti program latihan yang dikawal bebanannya (intensity) secara sistematik membuahkan hasil.

Kepimpinan dan kesungguhan begitu menonjol pada kedua-dua mereka menjadi teladan kepada krew & teman sepasukan. Di harap mereka dapat mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam kejohanan akan datang iaitu SEARF Rowing Championship, Pattaya, Thailand dan Varsity Boat Race, Putrajaya tahun ini. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan mereka.

Keputusan terkini pertandingan sukan mendayung antarabangsa di Singapura tahun 2009:
PANDAN ROWING CENTRE 2000m
27-Jun-2009 & 28-Jun-2009

Men Pair Final (Race#14)
1) CUHK B(China-University of Hong Kong) [8:27.31]
2) Hong Kong National Team [8:35.98]
3) Universiti Teknologi Malaysia [8:40.73]
4) CUHK C [8:42.23]
5} CUHK D [8:43.35]
6) CUHK A [9:36.78]

Leave a Comment