Baiklah.. baiklah.. bagi sesiapa yang mengenali saya jika membaca posting-posting saya yang terbaru ini pasti akan mengangkat kening, tergelak ke atau ter”puji” dengan mengatakan ayat-ayat saya mutakhir ini adalah poyo dan sebagainya.
Sebenarnya, saya mematuhi dan menyokong kempen memartabatkan bahasa Melayu dengan menggunakan BAHASA MELAYU TINGGI ketika menulis blog. Di samping itu saya tegas mengatakan TIDAK kepada PPSMI di mana hari ini kabinet akan umumkan keputusannya. Saya berharap kerajaan mengambil tindakan bijak dengan menghapuskan PPSMI dari muka bumi ini.
Oleh itu, anda mungkin akan menyedari saya melakukan percubaan-percubaan memperkayakan perbendaharaan kata dengan me”MELAYU”kan istilah-istilah yang biasa digunakan dalam sukan ROWING. Contohnya crew = anak kapal. Selepas ini mungkin coxwain = juragan/jurumudi, rudder = kemudi dan sebagainya.
Jika anda berminat untuk menyiasat lebih lanjut, cuba diteliti blog ini http://universitipts.com/ dan berkenalan dengan Puan Ainon Mohd. Atau jumpa pakcik google dan cari “Bahasa Melayu Tinggi”.
Selain itu, saya sedang berusaha menjenamakan semula blog ini agar lebih bererti dan memberi manfaat kepada pelawat yang sudi singgah. Harap maaf jika ada kekurangan atau kesilapan yang pasti tidak disengajakan.
Be First to Comment