Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan program latihan bagi tahun 2010, silalah email kepada saya di bonzerd79@yahoo.com. Program latihan saya bukanlah yang terbaik tetapi memadai untuk panduan anda terutama kepada pasukan universiti yang masih tercari-cari rentak.
29hb Dec ini saya akan bersama pendayung UiTM bagi membantu mereka menjalankan program talent-ID di Fakulti Sains Sukan. Protokol yang biasa dilakukan dalam pencarian bakat adalah mendapatkan rekod peribadi peserta, menjalankan ujian ergometer 100m dan 500m serta merekodkan ketinggian/berat pelajar. Sasaran Pendayung UiTM, Senior Iwan adalah pelajar-pelajar baru yang mendaftar sepanjang minggu tersebut.
Kumpulan kedua persediaan sukan sea 2011 pula melapor diri pada 30hb. Kali ini saya berpeluang membantu dan hadir pada 2hb dan 3hb Jan 2010. Seperti yang telah diwar-warkan dalam berita sejak penutupan majlis sukan sea LAOS, Sukan Sea 2011, Bandung, Indonesia akan diadakan lebih awal iaitu pada bulan Jun 2011.
Masa ini difikirkan sesuai dan memberi sedikit kelebihan terutama pada pelajar universiti kerana pada masa tersebut adalah cuti semester. Pendayung yang masih menuntut bebas dari beban tugasan, kuliah dan juga peperiksaan. Tumpuan dapat diberikan 100%. Berbanding jika dilaksanakan pada bulan september, pendayung/mahasiswa berdepan dengan risiko ketinggalan kuliah dan penjadualan semula peperiksaan.
Sebelum mengundur diri, tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Dedeq & Shahir. Tak lupa pada Afong a.k.a Nurul Ain & Faisal atlet mendayung kebangsaan. Semoga selamat dan berbahagia ke akhir hayat melayari bahtera perkahwinan. Amin….
1 Comment