How to generates money while blogging? How to attract visitor and at the same time maintain the content integrity?
Sharing this with you, have a visit to this blog and find out.
Cara buat duit dengan blogging!
Leave a CommentHow to generates money while blogging? How to attract visitor and at the same time maintain the content integrity?
Sharing this with you, have a visit to this blog and find out.
Cara buat duit dengan blogging!
Leave a Comment
Berita baik untuk pencinta-pencinta sukan mendayung. Mesyuarat jawatankuasa PERDAMA tempoh hari ada menyelitkan agenda MASTER ROWING. Menyedari ramai pendayung-pendayung tegar di luar sana sentiasa rasa terpanggil untuk kembali beraksi. Kali ini anda boleh bersaing bersama lawan yang setanding perut ke depan… hahaha.. maklumlah.. ramai yg sudah bersara. Tak kurang juga yang masih maintain stamina.
Inilah masanya anda menunjukkan bakat tanpa perlu risau akan budak2 universiti yg sudah cecah time ergo bawah tujuh minit!!! Ayuh! Kita mendayung….
CALLING FOR FARID, KEMBAR ZAIDI ZAKARIA, SHAHA, ZURIN, KOIE, AMOI INSPEKTOR, ABG TAJA, ABG MAN, AMIR & MONO DAN LAIN-LAIN LAGI…
Terbuka juga untuk sesiapa yang baru berkenalan dengan dunia dayung… Kami sedang mengumpul data dan membuat perancangan. Jadilah sebahagian dari ahli jawatankuasa penggerak acara yg akan julung2 kali diadakan ini.
COMPETITION DESCRIPTION:
The regatta’s format makes it appealing to rowers of all levels. Overall crew ranking is not determined on the basis of heats, repechages, semi-finals or finals. If entries exceed the number of racing lanes in any of the 100 or more events, as many races as necessary are added to the event, with a medal awarded to the winner of each race.
Competing against rowers of similar age is also an incentive to participate.
Age categories are as follows:
A – Minimum age 27 or more
B – Average age 36 or more
C – Average age 43 or more
D – Average age 50 or more
E – Average age 55 or more
F – Average age 60 or more
G – Average age 65 or more
H – Average age 70 or more
I – Average age 75 or more
J – Average age 80 or more
*sumber http://www.worldrowing.com/
2 CommentsMenanam keyakinan itu bukan mudah. Tetapi percayalah adik-adik. Jelas terpampang potensi di wajah-wajah kamu semua. Betul kamu belajar. Mana mahu dikejar tugasannya. Ujian dan peperiksaan. Pembentangan projek akhir. Mana pula mahu berlatih setiap petang atau pagi. Memenuhi program yang telah diberi.
Kamu adalah pelajar! Kamu juga adalah atlet. Pelajaran kamu seiring dengan prestasi yang harus dikekalkan. Dari minit kamu bergelar atlet universiti (atau pendayung universiti), sebelah kaki kamu sudah menjejak peluang sebagai atlet kebangsaan. Sukan SEA 2011 makin hampir. Tiada yang mustahil. Siapa jua layak asal usahanya setimpal dengan hasil.
Gaya hidup kamu akan berubah mulai saat ini. Kamu bukan hanya belajar kemudian berlibur di waktu-waktu senggang. Waktu-waktu senggang kamu diubah menjadi waktu latihan. Latihan yang berat, penat dan benar-benar menuntut kesabaran. Selalu aku terserempak dengan atlet yang menyumpah-nyumpah kepenatan setelah usai melunaskan program di atas mesin ergometer. Namun, tersenyum lebar bilamana ujian 2000m menunjukkan peningkatan. Betul! Usaha pasti membuahkan hasil.
Menerima berita keputusan SPM, lebih banyak kegembiraan dari kedukaan yang saya terima. Anak-anak di Alam Shah ramai yang mencatat keputusan cemerlang. Di universiti mana agaknya kamu ditempatkan nanti. Tempatan atau luar negara?
Saya kenal seorang dua yang hatinya waja. Moga-moga saja jiwanya terus cekal dan meneruskan perjuangannya dalam sukan mendayung di peringkat universiti nanti. Lebih bebas pergerakannya dan lebih banyak peluang. Kami menanti-nanti kemunculan kamu, adik-adik. Buat cabaran baru pada abang-abang kamu di sini.
p/s: dan tiba-tiba ingatan kepada Wan Setiawan muncul kembali. Pelajar cina di sebuah sekolah menengah di Perak. Anak didik cikgu Saleh. Sanggup bekerja mencari duit tambang ke Empangan Batu, demi mengejar cita-cita sebagai pendayung kebangsaan. Coach Hadi yang seperti selalu sarat kebaikan dalam dirinya, menjemputnya di Puduraya dan melatih beliau bersama-sama Acap, Zul, Yus dan Amir.
Leave a CommentAku ada satu projek penulisan. Yang semenjak dua menjak ini agak terkedek-kedek untuk dilanjutkan. Aduh!!! Dugaan betul. Aku memegang tips teman-teman. Tulis.. tulis.. dan tulis… luahkan sahaja apa yang berlegar-legar di kamar fikiran. Tulis dan terus menulis….
Ah! Apa motif tulisan ini?
Kalut..
Kabut…
Bersambung di lain waktu….
Leave a CommentAku selalu terbantut menulis sesuatu.. yang datang dari dalam diri. Bila ayat-ayat itu sudah terbina separuh, aku berfikir beratus-ratus kali. Untuk siapa? Kerana apa? Apa agaknya pandangan orang lain, kalau aku tulis begini? Ayat ini poyokah? Ayat ini sesuaikah? Lembut sangat? Atau mungkin terlalu kasar? Jika kasar, adakah ayat-ayat ini akan membolehkan punggungku disumbatkan ke penjara? Disoal siasat ISA? Hahahaha..
Ingin jadi siapa?
Bila aku teliti blog teman-teman, aku jadi cemburu. Terpamer identiti mereka elok terpampang. Ini AKU. Bukan ORANG LAIN. Inilah AKU yang sebenar. BURUK itu AKU. BAIK itu juga dari AKU. Jujur.. jujur sekali. Iya.. aku belajar juga dari yang lain. Jadilah diri sendiri. Di samping memelihara norma-norma dan etika menulis. Kerana KAU dipertanggungjawabkan oleh penulisan mu sendiri. Tanggung sajalah buruk dan baiknya.
Seperti yang lain, aku mahu ianya memberi impak. POSITIF terutamanya. Ingin ku paparkan sifatku sebenar tetapi mungkin aku bimbangkan cacat celanya. Juga bimbang jika impian itu jika dicanang-canang, tidak menjadi. Sering juga aku diusik teman-teman, ‘apa yang kau ingin buat, sebenarnya?’ atau ‘apa sahaja yang kau tidak pernah buat, mus?’ kadang kala lebih sadis, ‘macam-macam kau buat? Mana hasilnya?’
Kadang-kadang dapat juga aku menepis. Ayat biasa aku ucapkan (biasanya lebih santai dan menggunakan bahasa pasar), ‘untuk merasai nikmat kejayaan, seseorang itu perlu menempuh seribu kegagalan. Kerana daripada kegagalan, aku belajar akan kesilapan. Buat pedoman menuju kejayaan.’
Namun selalu juga aku terdiam, adusss.. darah mengalir perlahan-lahan kerana tikaman lidah itu tepat menusuk jantung dan hatiku menerbitkan luka yang akan diingati sampai bila-bila.
Mohon kabus kekeliruan di pundakku ini hilang di telan panasnya cahaya suria. Agar aku percaya dan yakin dengan tulisanku sendiri. Amin….
Leave a CommentTersebutlah kisah sebuah negeri
Aman dan damai tidak terperi
Rakyatnya gagah bijak bestari
Indera Jugra nama diberi
Makmurnya negeri dilimpahi rahmat
Padi menguning tak putus berkat
Emas dan perak tak cukup disukat
Hasil ternakan dihitung tak larat
Demikianlah gurindam dan syair yang dilagu-lagukan pedangang lalu yang pernah singgah di negeri Indera Jugra sebelum mereka ke destinasi utama. Kemakmuran negeri itu menjadi sebut-sebutan dan melata dari bibir ke bibir sehingga keseluruh alam maya. Ramailah pedagang-pedagang dari negeri atas angin ingin mencuba nasib dan menikmati sendiri hawa udara Indera Jugra. Bentuk muka buminya yang luas, subur dan perlabuhannya terlindung dari angin ribut kencang menjadi pilihan utama pedagang-pedagang antarabangsa untuk singgah sambil bertukar-tukar barang dagangan. Kadang-kadang terdengar juga bidalan orang, negeri Indera Jugra ini seumpama tanjung perak. Ini kerana belumlah ia dapat menandingi kemakmuran semenanjung emas yang terletak di bawah garisan khatulistiwa itu.
Adapun kemakmuran negeri itu tidaklah semata-mata kerana hasil dagangan, tanaman mahupun ternakan. Bukan juga kerana hasil buminya yang melimpah ruah. Negeri Indera Jugra lebih dikenali kerana gemar mengadakan pertandingan dan permainan bagi menunjukkan kegagahan, kekuatan dan kebijaksanaan rakyat negerinya. Ibu negeri Indera Jugra bernama Indera Batu dibina semacam kawasan luas yang lengkap dengan bongkol-bongkol batu batan ditarah rapi buat keselesaan mana-mana punggung yang berlabuh di atasnya. Batu batan itu disusun bertingkat-tingkat dan memanjang sehingga enam ratus langkah jauhnya. Di sinilah rakyat dan pendatang dari negeri luar berhimpun apabila diadakan keramaian bagi segala macam jenis permainan.
Rakyat Indera Jugra sangat terkenal dengan ketangkasan mereka menunggang kuda, memanah dan berenang.
Leave a CommentMenerima satu lagi bingkisan dari pos laju kiriman UjanaIlmu. Kali ini agak terlewat sedikit, tidak seperti biasa. Selalunya hari ini order, esok dah dapat. Namun masih dalam lingkungan tempoh masa 2-3 hari seperti terma & syarat jual beli. Terkilan juga bila diskaun yang ingin diberi ditarik balik gara-gara aku mohon dibuat dua kali penghantaran. Maklumlah, gaji sebulan dua kali pembayaran. Awal bulan tentunya lebih banyak keperluan.
Tetapi tidak mengapa, berkorban demi ilmu. Demi buku. Demi isinya yang nyata tidak mengecewakan. Tiada unsur cinta kepada wanita, hanya cinta pada Allah. Biasanya, penerbit buku mahukan unsur cinta dalam penulisan supaya dapat menarik pembaca. Tetapi penulis ini berjaya menerbitkan aura tersendiri tanpa perlu campur aduk dengan konflik percintaan.
Berbalik kepada isi buku ini, sarat dengan pesanan, nasihat & dakwah. Semuanya disampaikan melalui penceritaan yang diadaptasi dari kisah benar Hilal Asyraf sendiri. VT atau volleyball team memaparkan kisah sekumpulan pelajar MARTI (Maahad Attarbiyah Al-Islamiyyah, Perlis) yang kehilangan arah dan tujuan. (p/s: padanlah karya islaminya kaya dengan hadis dan petikan ayat al-quran). Hanya satu persamaan yang mengikat mereka dengan kuat. Cinta mereka pada Allah dan sukan bola tampar. Pasukan bola tampar yang mulanya sangat goyah dan lemah ikatan sepasukan akhirnya teguh berkat bimbingan jurulatihnya, Ustaz Husam a.k.a Saiful Rahman. Kejohanan peringkat negeri diburu oleh mereka.
Menerapkan unsur bahawa sukan itu ibadah, buat aku rasa kecil sekali di sisi penulis muda ini yang baru berusia 21 tahun tetapi telah menghasilkan bermacam-macam karya. Nilai-nilai yang diterapkan sudah diguna-pakai berkali-kali oleh jurulatih-jurulatih sukan lain tempatan mahupun antarabangsa. Cara bermain dengan psikologi atlet penting bagi memantapkan keyakinan & komitmen individu mahupun kumpulan. Bezanya, ikatan kuat mereka disulami dengan …..
Bacalah buku ini. Penuh dengan konflik, terhibur dengan kelucuan, menarik dengan penerangan yang jelas tentang taktikal dan kemahiran bermain bola tampar. Susun atur buku setebal 511 muka surat ini lengkap dengan gambarajah di akhir helaian.
Ziarah juga ke blog penulis: http://ms.langitilahi.com/
Leave a CommentKomen ibu Syafiah Humairah (anak kecil yang didera dan dibelasah sehingga mati) apabila ditanya wartawan mengenai sifat teman lelakinya, “Emmm..sebenarnya dia seorang yang kelakar…..” buat aku tergolek depan tv.
Kemudian di slot TERJAH oleh Nas Ahmad, ketika isteri baru yang muda belia remaja pucuk bergetah kepada seorang artis diminta memberikan komen, kenapa si artis (yang pernah dipanggil papa ——) menjadi pilihan. Dia menjawab, “Abang.. dia seorang yang kelakar….” sekali lagi aku tergolek depan tv. Tetapi mata aku tidak lepas dari kaca televisyen itu, menanti-nanti apa ayat seterusnya….. bungkam.. tiada…
aik? Takkan itu sahaja keistimewaan seorang lelaki yang dipilih menjadi teman hidup? Takkan itu sahaja yang anda mampu gambarkan tentang pasangan hidup anda? Kelakar? Itu sahaja…
hahaha… kadangkala kita memang jujur tanpa disengajakan buat diadili oleh berjuta-juta penonton…..
Aku ketawa sambil menangis mengenangkan semua ini. Bertalu-talu ingatan aku ucapkan dalam hati. Ambillah iktibar.. ambillah iktibar… insaflah…. insaflah… kembalilah ke jalan-Nya…. kembalilah.
Leave a Comment
Newsletter dari worldrowing diterima pagi ini. Tiada berita yang lebih mengujakan selain berita La Regate .
Khabarnya hanya diedarkan di Perancis, Belgium & Luxembourg. Untuk kita di Malaysia, terpaksalah menanti lebih lama sedikit. Saya pasti menghubungi Stefan atau Karine di Quebec bagi mengirimkan DVDnya ke Malaysia.
Sinopsis:
Cerita berkisar tentang remaja berumur 15 tahun yang berazam memenangi Belgian Rowing Championships. Namun Alex terpaksa berdepan dengan tekanan dan penderaan dari bapanya. Alex menggunakan obsesinya pada sukan mendayung untuk lari daripada realiti derita kehidupan.
Pengarah, Bernard Bellefroid.
Yang menarik mengenai filem ini:
Pelakon utamanya tidak pernah mendayung. Demi mendalami watak dan mendapatkan syot terbaik dengan teknik yang betul, pelakon ini memperuntukkan dua bulan setengah berlatih bersama pasukan kebangsaan dan jurulatihnya. Mengakui latihan yang keras dan meletihkan sangat mencabar. Di samping sentiasa mendapat kritikan daripada pendayung2 yang lain menegur tekniknya yang tidak betul.
Untuk adegan perlumbaan, mereka terpaksa mencari pendayung yang mempunyai susuk tubuh yg sama bagi mendapatkan syot terbaik.
p/s: macam pernah dengar pengalaman tu kan… huhuhu… dua bulan? makan tahun beb!
useful link:
“La Regate” website
“La Regate” trailer
“La Regate” Facebook page