Skip to content

Mus Nasmian Posts

Rowing Specific: Weight Training for Upper Body

Example:
TRAINING SESSION, PLANNING AND RECORD FORM – UPPER BODY
Sport /Activity:Rowing
Weight:
Training phase:Hypertrophy / strength circuit
Height:
Date:
Durations: 12weeks

Exercise –> Planned sets x reps at weight

Seated Cable Row –> 3 x 12
Bench Press –> 3 x 12
Upright row –> 3 x 12
Single Straight Arm Pulldown –> 3 x 15
Incline DB Press –> 3 x 12
Alternate DB Press –> 3 x 12
Pullover –> 3 x 12
Bent Over Lateral Raise –> 3 x 15

Leave a Comment

Summary of Asian Training Camp for Rowing

By: Tan Suet Fong
comment: Following article published by my friend above, one of the National Rowers. For you reading & hope you learn something from it.

Just to let you know what happened during the rowing programme for asians.. It was a development programme for all asian countries athletes. We had a week and half to develop proper & basic skills. Then, remaining days were for the competitions. We went there for the training programme, and had race on the last 4 days. Although we were no where near the olympic athletes, however, we did benefit from the programme it self. We had coaches from FISA, Frank, Andrea & Stani. MAS were under Andrea. We had training sessions in the morning, then afternoon again. At night, we had theory classes with the coaches for an hour.

Training Programs:
Wed 16/4 – boat rigging
Thurs 17/4 – 3 x 2k at 21 SR, 1 x 2k at relax pace (Water)
– eve 3 x 4k power stroke at 18 SR
Fri 18/4 – 1 x 4k, drills, 10 stroke stop in middle, 10 stroke stop twice, 10 strokes normal
3 x 2k, increase SR every 500m (18, 20, 22), relax 2k then
– eve, warm up 2k, 3x2k increasing SR, with 15 strokes burst 3 times
Sat 19/4 – 2k warm up, 3x2k with 10 strokes build up SR, 5 strokes cool down every 500m, 2k cool down
– eve, 3 x 4k steady state
Sun 20/4 – 3 x 4k steady state
Mon 21/4 – 3 x 2k at 21 SR, 1 x 2k at relax pace (Water)
– eve 3 x 4k power stroke at 18 SR
Tues-22/4- 2k warm up, 3x2k( include 6x250m race pace)
– eve 3x4k relax(include drills with stops at knee bent)
Wed 23/4 – 2k warm up, 3x2k(include 4x500m race pace)
– eve Max HR test on ergo
Thurs 24/4 – 1k race
Fri, Sat, Sun – race for asian prequalification olympic for rowing

On the development programme, they emphasized on boat speed, not stroke rates. Faster SR might mean greater negative force. hence, we did slow but powerful strokes during the training. maintain SR at low rating, and always increase speed of boat. feel how the boat moves. Lock water, pull & feel the boat moves. The right timing when we lock the oar ensure no negative force, and through training, we can find the right timing.

Also training emphasized on group rowing, great way to improve skill. Faster rowers can slow down thier boat to wait for slower rower with lesser SR, hence improve balancing skill.
we also had video watching on the rowing technique as well. Hope this helps. If there is doubt, feel free to ask. I might be wrong, but will always be ready to help. This is a summary on the programme. A.Adi, A.Halim & A.Azli will be the right person to ask for more technical details.
One more, we might be lack of junior rowers. other countries are developing their juniors. upcoming event would be Hong Kong rowing championship.

Fong
Leave a Comment

SUKAN MASUM 1 2008

VENUE: WATER SPORT COMPLEX PUTRAJAYA MALAYSIA
13 – 17 MAY 2008

Sebanyak 18 universiti seluruh Malaysia mengambil bahagian yang menyaksikan acara-acara rowing dan kayak dipertandingkan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Pertandingan kali ini memihak kepada Universiti Teknologi Malaysia dengan menjuarai piala pusingan kategori lelaki dan wanita bg acara rowing. Manakala sukan kayak pula UTHM menggondol piala pusingan berdasarkan kutipan pingat yang paling banyak bagi acara lelaki & Kayak Wanita dimenangi oleh Universiti Malaya.

Acara kali ini juga memperlihatkan komitmen daripada sesetengah universiti yang mengambil inisiatif menghantar peserta-peserta ke kem-kem latihan seawal 2 minggu sebelum pertandingan. Bagi Universiti yang berada di sekitar Lembah Klang, latihan hujung minggu diadakan di 2 lokasi utama iaitu Kelab Tasik Putrajaya dan The Boathouse, Empangan Batu, Ulu Yam, Selangor.

Tidak ketinggalan juga pujian yang harus diberikan kepada UNIMAS atas kesungguhan pihak pentadbir membangunkan sukan rowing dengan pembelian bot-bot rowing kategori 4- (coxless four). Dengan kemudahan tersebut, saya meramalkan UNIMAS akan bangkit sebagai salah satu pencabar yang kuat dalam masa terdekat. Asalkan, perancangan latihan mengikut fasa-fasa tertentu dapat dibentuk oleh jurulatihnya.

Hasilnya, pertandingan kali ini memperlihatkan kemajuan di mana kelebihan dan kekuatan pasukan tidak dimonopoli oleh sesetengah universiti sahaja. Sejak bermulanya aktiviti rowing, Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL khasnya) mengungguli acara rowing saban tahun dengan dicabar musuh tradisi Universiti Malaya sebagai saingan terdekat. Malahan, pengambilan atlit untuk mewakili negara kebanyakkannya diserap dari universiti berkenaan. Selain faktor lokasi & kemudahan yang disediakan berdekatan dengan lokasi kampus, presiden PERDAMA ketika itu adalah pegawai Belia & Sukan di UTMKL. Oleh sebab itu, perancangan & pembangunan atlit lebih tersusun. Melalui Tech’s Rowing Club, rantaian atlit-atlit pelapis yang dibentuk tidak pernah terputus. Individu yang dimaksudkan sebagai Presiden PERDAMA ialah Encik Malek Abd Ghani bersama organisasi yang dibentuk atas dasar sukarelawan yang setia mendokong pembangunan sukan ROWING di tanah air.

Tahun ini, kebangkitan UTHM, USM dan UNIMAS memeriahkan persaingan sukan mendayung di kalangan mahasiswa & mahasiswi. Ini juga bagaikan petanda lebih banyak atlit-atlit berkualiti akan dilahirkan. Kemarau pingat sukan mendayung di persada antarabangsa mungkin berakhir tidak lama lagi.

Saya yang hadir sebagai pegawai teknikal dapat merasai bahang perubahan akan berlaku. Lebih-lebih lagi pertandingan UNITEN Rowing Invitation akan datang dijangka Ogos ini bakal mempamerkan lebih ramai jaguh-jaguh rowing di seluruh negara.

Harapannya adalah semoga gelombang semangat yang ditiup ke jiwa anak-anak muda ini akan terus dijana sehingga momentumnya memberi warna-warna baru pada wacana sukan di Malaysia. Dengan izin tuhan, usaha-usaha pembangunan tanpa jemu sukarelawan yang setia bernaung di bawah NGO ini akan dibalas dengan kejayaan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Leave a Comment

Introduction

ROWING: Sukan Mendayung

Sukan ini bukannya baru di Malaysia tapi dengan kurangnya publisiti ditambah pula dengan pencapaian yang lemah negara di peringkat antarabangsa melambatkan perkembangannya. Hakikatnya, sukan ini adalah sukan ke-2 terbesar kontijen atlitnya di OLIMPIK selepas acara balapan (athletic). Perkembangan sukan mendayung dan usaha-usaha meningkatkan pencapaiannya telah bermula seawal 90-an. Difahamkan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) menggandakan & menumpukan usaha-usaha memperkenalkan rowing di peringkat universiti. Ini dilaksanakan dengan 3 acara besar yang diadakan setiap tahun di Kompleks Sukan Air, Putrajaya iaitu:

  • Sukan MASUM : Regatta Rowing & Kayak
  • UNITEN Rowing Invitation
  • Varsity Boat Race & Asian Varsity Boat Race

Pelbagai faktor mempengaruhi perjalanan sukan mendayung di negara kita termasuk faktor kewangan, kekurangan atlit, kemudahan dan komitmen badan-badan tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Namun faktor kewangan menjadi penghalang terbesar bagi setiap negeri atau universiti untuk mengadakan kemudahan sukan ini berikutan kos yang tinggi. Untuk pembelian sebuat bot coxed four (4+) sahaja melibatkan kos sebanyak RM40K tidak termasuk kos-kos sampingan yang lain seperti oars, ergometre (indoor rowing machine) & bilik stor penyimpanan. Selain itu, kekurangan jurulatih yang berpengalaman juga menjadi faktor utama.

Walaupun begitu, perkembangan positif dikesan berikutan dengan acara kebangsaan & antarabangsa yang diadakan saban tahun. Mahasiswa & mahasisiwi dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan kreadibiliti universiti yang dikatakan merosot akhir-akhir ini. Universiti bukan sahaja wadah kecemerlangan akademik tetapi jati diri yang boleh dinilai melalui kecemerlangan dalam sukan. Apatah lagi sukan rowing merupakan sukan yang menitikberatkan semangat sepasukan (TEAMWORKS) dan setiakawan. Dengan itu perpaduan bukan lagi menjadi satu isu.

Lebih lanjut mengenai sejarah rowing sila clik di sini: http://www.rowing.org.my/perdama/home/?f=history/index

Leave a Comment