Skip to content

Tag: bengkel

Jalan keluar dari kemelut ekonomi fasa pandemik covid-19

Assalamualaikum tuan-tuan,

Saya terkesan dengan ramainya sahabat-sahabat kita dilanda kesulitan akibat pandemik COVID19 dan masih mencari-cari jalan keluar. Oleh itu, saya ambil inisiatif ini untuk memberikan tuan-tuan pilihan memulakan perniagaan di shopee. Saya bukanlah sifu bisnes dan masih belajar / bereksperimen dengan marketing tool di applikasi shopee ini.

Alhamdulillah.. saya berjaya memperolehi pendapatan konsisten 4 angka setiap bulan menerusi shopee. Jadi ilmu yang sedikit ini saya mahu kongsikan kepada tuan-tuan. In sya Allah, cukup untuk tuan jadikan bekal sebelum tuan-tuan ambil kelas yg lebih advance dari sifu-sifu yang lebih hebat. Sebab kalau join kelas-kelas shopee advance dengan dada kosong, dikhuatiri tuan lebih banyak melopong. Banyak fungsi dalam shopee yang sebenarnya mudah tetapi memerlukan tuan untuk praktis terlebih dahulu.

“Apa yang saya akan dapat dari kelas ini?” 

Jangan risau, saya takkan buang masa tuan-tuan dengan pengenalan panjang berjela mahupun perkongsian kejayaan. Saya seorang yang praktikal. Jadi saya sasarkan selepas kelas ini, anda akan berjaya buat perkara berikut:-

  • Masukkan sekurang-kurangnya 5 produk dalam shopee.
  • Buat 3 zero cost marketing.
  • Join kelas shopee advance dengan pengetahuan asas, pengalaman eksperimen fungsi system di shopee dan tanya soalan yang betul.
Kelas-one-to-one-bersama-Tuan-Asrol
Kelas-one-to-one-bersama-Tuan-Asrol menggunakan applikasi google meet sahaja.

Yuran hanya RM10, namun kami masih beri kelonggaran mengikut situasi semasa. Maklumkan sahaja kepada kami jika tuan-tuan mahu waive yuran ini.

Apa kata peserta kelas shopee asas ini.

“Saya tak ada produk nak jual. Saya tak tahu apa nak jual!”

Saya akan tunjukkan contoh produk yang boleh dijual dan bagaimana nak pilih produk yang berbaloi untuk dijual.

“Ok, saya berminat.”

Tuan-tuan boleh klik link wassap berikut: https://KelasShopeeMN.wasap.my

Nanti ada sahabat saya yang akan santuni tuan-tuan untuk pendaftaran, penerangan dan persediaan sebelum kelas. Saya tidak tetapkan tarikh kelas sebab terpaksa mengikut keadaaan semasa. Tapi hari dan waktu, kita cuba ikut seperti yang dirancangkan.

Akhir kata, saya mendoakan tuan-tuan beroleh jalan keluar sekaligus mencapai kejayaan demi kebahagian rumahtangga dan anak-anak. Sama-sama kita berdoa agar kemelut pandemik covid-19 ini segera berakhir dan ekonomi kembali rancak seperti dahulu.

Wabillahitaufik…..

Leave a Comment

Kelas Asas Shopee untuk Ejen Dropship Newbie

Kelas Asas Shopee
Kelas Asas Shopee untuk Ejen Dropship Newbie

Sempena program SISWA MALL MOHE x SHOPEE – Dana Latihan PENJANA KPT-CAP (GRADUAN UiTM 2019, 2020, 2021), saya akan buat kelas asas ni pada 10-Jul-2021.

Kelas ini untuk newbies yang belum ada akaun seller shopee atau baru nak mula berniaga di shopee tapi tak tahu macam mana nak naikkan sales.

Kenapa bayar RM10?

Yuran komitmen untuk 1 jam kelas. Benda free orang selalu ambil mudah. Tapi murah tak semestinya konten sekadar melepaskan batuk di tangga. Most important, knowledge sharing based on my little experience with shopee and how I’m am able to achieve 5 digits monthly sales.
.
SELEBIHNYA, ATAS USAHA ANDA JUGA.
.
SEBAB ILMU UNTUK DIAMALKAN.
.
JIKA TIDAK DIAMALKAN, IANYA SIA-SIA.
.
Tetapi, untuk mereka yang berminat untuk menjadi Ejen Dropship Blink Books dalam pasukan saya, kelas ini diberikan PERCUMA. Apa kelebihan program dropship atau agent di BLINK Book?

✅ SISTEM DROPSHIP MESRA SHOPEE DENGAN KOMISYEN LEBIH 20%
✅ TIDAK PERLU BELI STOK
✅ SISTEM ORDERING ONLINE 24 JAM
✅ SUPPORT SEMUA COURIER
✅ BAHAN PROMOSI DISEDIAKAN
✅ POTENSI JUALAN 5 ANGKA SEBULAN

Berminat? Klik wassap berikut: https://KelasShopeeMN.wasap.my

Leave a Comment

Kisah Laut, Angkasa dan Impian

Sayang sedeli permata buana
Pasirnya putih laut membiru
Terkenang hati ditinggal di sana
Budi Tuan buat kami terharu

Kalau ada sumur dalam airnya
Kepingin sungguh berendam kaki
Kalau ada umur dan jodohnya
Kepingin sungguh bertemu lagi

~MN, 16 Mar 2019, Klang

Bila menulis artikel berkisar topik laut, saya selongkar galeri di dalam telefon bimbit. Teringat kenangan menjelajah pantai timur di selatan semenanjung. Aduhai, ruginya… hanya beberapa keping gambar di tepi pantai, itupun tak bersungguh. Kebiruan laut di pantai sebelah timur ini memang tidak pernah mengecewakan dengan pasir di pantai yang memutih. Kalau tidak kerana Program Jelajah Sekolah bersama Blink Books, saya takkan sampai menjejak kaki ke sini.

Kawasan peranginan di Tanjung Sutera Beach Resort

Berharap sangat dapat kembali.

Program Jelajah Sekolah
Program Jelajah Sekolah di daerah Tanjung Sedeli

Istimewa anak-anak di Tanjung Sedeli ini, saya berusaha meyakinkan mereka bahawa membina impian itu percuma. Jujurnya, mereka tidak pernah terfikir untuk menulis impian menjadi sebuah matlamat.

“Sky is the limit”

Itu yang saya ulang-ulang sambil menyelitkan kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan atlet Malaysia mahupun dunia. Seperti ombak di lautan, saya dendangkan kisah kegagalan demi kegagalan yang bertali arus mengasak sehingga rasa putus asa itu terbit. Tetapi, setiap individu ini berjaya meredah badai di lautan kehidupan. Saya tidak hanya menekankan kejayaan bahkan kegigihan atlet ini berdepan dengan cabaran walaupun tewas berkali-kali.

Kuasa imaginasi dan visualisasi seorang atlet mampu membawa jatidiri mereka ke puncak jaya.

“Impian yang tidak ditulis akan jadi angan-angan. Namun jika ditulis, impian itu akan bertukar menjadi MATLAMAT.”

Semasa program ini, pengerusi majlis guru besar Tuan Johari Md Saad bersusah payah mengaturkan agar 9 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah kurang murid menyertai bengkel ‘Modul Asas Juara’ ini. Sek. Kebangsaan Sempang, Sek Keb. Seri Perani, SK Telok Hutan Lesong dan SK Tenggaroh mempunyai jumlah murid sekitar 16 sehingga 80 orang sahaja. Namun mereka tidak ketinggalan untuk menyertai bengkel anjuran Blink Book.

Kesempatan yang diambil untuk guru-guru ini memberikan pendedahan kepada anak-anak luar bandar tentang kewujudan dunia luar selain yang didiami mereka. Sek Kebangsaan Seri Gembut menawarkan diri menjadi tuan rumah dan menyediakan ruang untuk 120 orang pelajar menyertai bengkel tersebut. SK Seri Setia Jaya, SK Sedeli Kecil, SK Sedeli Besar dan
SK Mawai menghantar semua pelajar tahun 6.

Bengkel ini diakhiri dengan harapan menggunung. Mudah-mudahan ilmu yang diberikan mendatangkan manfaat.

Leave a Comment